Post Perbaru

Aduhai masa...tolonglah perlahankan pergerakan mu.. please!!!!!





Assalamualaikum wbt
 

Yuhuuuuu U Olssss... agak berat kedengaran tajuk kat ataskan...tapi itulah yang sering bermain difikiran saya kebelakangan ini... Kenapa , kenapa terlalu banyak yang tergendala..kenapa itu ini tidak siap...terasa nak menjerit terkinja-kinja macam budak kecil ja bila memikirkan hidup huru hara dengan masalah keja dan masalah personal.... adehhhhh :(
 Akhirnya saya jumpa solutionnya... rupa rupanya saya Failed manage masa dengan berkesan dan tersusun...jadi untuk meringankan beban otak saya yang dah semakin serabut ni ayuh kita sama2 menguruskan masa agar ia menjadi lebih teratur... NSYAALLAH... 

SENTIASA BERSEDIA

Sebaik-baiknya kita haruslah sentiasa get ready dalam melakukan tugasan bukannya tugasan yang get ready menanti kita... maknanya.... tune dalam otak bahawa tugasan harus di beri kewajaran mengikut pemberat yang sesuai...dahulukan yang perlu  "first come first serve" siapkan task/job yang perlu dan urgent... itu kalau dalam hal kerja ... bagaimana dalam hal mengerjaka kebaikan perlukah kita berlengah -lengah.... ?

So jangan bertangguh dan teruskan melakukan tugasan sebaik sahaja diberi... INSYAALLAH impak positif akan muncul..barulah tak stress


JADUALKAN KEHIDUPAN

Alaaa macam jadual waktu macam masa kita kat sekolah, kat kolej atau kat uni dulu...semuanya dan diset oleh pihak pentadbiran... . tibalah masa untuk kita penjadi pihak pengurusan untuk diri sendiri.. jadualkan everything..bangun tidur,solat subuh, makan pagi, keluar kerja,mengemas rumah, shopping, jumpa parents (untuk yang tinggal berasingan), tengok tv,

begitulah dengan keja.... jadualkan segala tugas yang dah dilemparkan kepada anda... bila perlu siap dengan itu kita takkan terlepas dateline :) baru happy~



MASA REHAT
 
Jangan kejam terhadap diri sendiri...otak dan anggota badan kita perlukan rehat yang secukupnya... untuk mendapatkan kualiti kerja yang tip top ( >_< )

At least 6-8 jam adalah masa cuti kita setiap hari... rehatkan jasad kita sementara menanti siang tiba, jangan lupa bangun solat tahajud tau....bangun sebelum subuh menjelang bersiap sedia untuk turun bekerja dan pastikan diri cukup rehat untuk menjalankan tugas pada hari tersebut

Semoga hari saya akan semakin terurus pada hari2 mendatang terutamanya selepas penggal kedua persekolahan bermula pada minggu hadapan


Sekian


Terima kasih kerana baca sampai habis dan jangan lupa komen tau~Like kalau suka

2 ulasan:

Hanif berkata...

jadual kerja yang betul dan rehat...aku setuju!!

mama aini berkata...

assalam cikgu nurul..ehem..thanks share info2 begini..mama ni antara yg tak pandai menguruskan masa..hu2x..

Sponsor