Post Perbaru

KEAJAIBAN AL QURAN

Assalamualaikum wbt

Berdasarkan sebuah buku...saya nak cita pasal Kehebatan surah - surah ALLah yang terkandung di dalam AL QURAN (^_^)

Ada seorang sahabat NABI bernama ASID BIN KHUDHAIR yang mengalami keajaiban ketika dia membaca AL QURAN.Pada suatu malam, ASID BIN KHUDHAIR sedang membaca AL QURAN sementara kudanya berada di dalam kandang.kudanya mahu melepaskan diri daripada ikatannya.Semasa kuda mahu melepaskan diri, ASID menghentikan bacaannya .. lalu kuda itu pun turut sama berdiamkan diri.Kemudian ASID meneruskan bacaan kuda itu terus melarikan diri
 
Semasa kejadian itu, anak ASID yang bernama YAHYA berada di sampingnya.,,,YAHYA kasihan melihat kejadian yang menimpa bapanya.Selepas bapanya bangun meninggalkan tempat itu, YAHYA melihat ada cahaya yang berkilau di angkasa.Dia terperanjat dan kagum melihat cahaya itu.Pada keesokan paginya YAHYA menceritakan peristiwa itu kepada NABI MUHAMMAD SAW. NABI berkata...."Wahai putera KHUDHAIR, bacalah! Wahai putera KHUDHAIR bacalah!" sejurus selepas itu mereka melihat sesuatu di langit.ia menyerupai awan dan di dalamya ada sesuatu seperti cahaya lampu yang bercahaya. 
 
Lalu NABI SAW berkata "itulah malaikat yang mendekati manusia apabila mereka membaca QURAN' (hadis Bukhari)
 Sekiranya kita membaca AL QURAN dengan khusyuk , menerima rahmat yang besar daripada ALLAH.para malaikat datang kepada mereka dan memberi keberkatan tersebut.Sebaik-baiknya kita ambil kesempatan ini untuk mengamalkan AlQuran terutamanya surah-surah penting


 Semoga ada Manafaat buat kita semua
Sekian Wasalam


Penulis:Muhammad Mokhtar
Nama Buku:Menyingkap Mukjizat surah Al Waqiah
Penerbit:PTS Millennea sdn bhd

Terima kasih kerana baca sampai habis dan jangan lupa komen tau~Like kalau suka

Tiada ulasan:

Sponsor