Post Perbaru

Ayat-Ayat cinta 1

 Assalamualaikum wbt
 Ayat2 cinta dari hati yang ikhlas adalah sangat indah di baca
 
"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan." - Badiuzzaman Said Nursi
"Sahabatku, andai kau sedih, mengadaplah Allah lalu bermunajat kepadaNya. andai kau gembira, mengadaplah Allah lalu bersyukur kepadaNya. andai kau susah, mengadaplah Allah lalu berdoa kepadaNya. andai kau senang, mengadaplah Allah lalu bertasbih kepadaNya. Sahabatku, apa pun keadaanmu, jangan sekali - kali kau menjauhkan diri daripada Allah swt. Teruskan perjuanganmu !" - Nasrudin Hassan
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)..." [Al-A'raf : Ayat 26]
"Aku Mampu Berhujah dengan 10 orang yang BERILMU tetapi aku pasti KALAH dengan seorang yang JAHIL, kerana orang yang Jahil itu tidak pernah FAHAM Landasan Ilmu.." - Imam Syafie


Sekian wasalam

 



Terima kasih kerana baca sampai habis dan jangan lupa komen tau~Like kalau suka

2 ulasan:

Yatie Awang berkata...

kata kata menarik hari ini...

mama aini berkata...

assalam nurul..indahnya kata2 & ayat2 ni kan..:)

Sponsor