Post Perbaru

Zaman Sekarang: Jadi Doktor pun dah tak selamat


Assalamualaikum wbt.
 Dunia, dunia... jadi doktor pun terdedah kepada bahaya..... siannya.... ermmmm..
Nasihat saya buat para doktor: Walaupun anda orang yang penting dan sangat di perlukan untuk menyelamatkan nyawa manusia (correction.....yang boleh selamat nyawa manusia hanyalah ALLAH)

Ok tukar... Walaupun doktor adalah insan yang boleh membantu memberi rawatan kepada pesakit2 diseluruh dunia.... tetapi kalau anda terlalu slow buat keja, menyebabkan pesakit terlalu lama menunggu, tak mustahil anda akan menerima padah!
 
Dari pengalaman : doktor memang selalu gitu terutamanya dokor yang bertugas di hospita kerajaan .... tapi x semualah... cuma sebilangan sahaja.... tapi tapi ha ha..... KES DOKTOR ni lain ya kawan2... dia tak salah pun...... Pesakit tu yang tak sabar ... MAYBE sebab menanggung kesakitan yang amat sangat kot~

Inilah kisahnya




GEORGE TOWN - Berang kerana lambat mendapatkan rawatan, seorang pesakit bertindak menyerang lalu menikam seorang doktor di sebuah klinik swasta di Jalan Magazine di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 9 malam itu dipercayai berlaku rentetan daripada suspek yang berusia 67 tahun itu terpaksa menunggu lama ketika pergi ke klinik itu untuk berjumpa doktor pada Rabu lalu.
Suspek yang tidak sabar menunggu gilirannya untuk masuk berjumpa doktor meninggalkan klinik tersebut yang ketika itu mempunyai ramai pesakit.

Kelmarin suspek muncul semula ke klinik itu namun dia enggan membuat pendaftaran dengan alasan dia sudah mendaftar pada hari Rabu lalu.

Semasa itu, klinik tersebut mempunyai 10 pesakit yang menunggu giliran untuk berjumpa doktor. Suspek ketika itu kelihatan gelisah dan mundar-mandir di ruang pendaftaran.

Selepas kira-kira 10 minit bersikap tidak menentu di ruang menunggu, lelaki itu tiba-tiba meninggikan suara kepada seorang petugas wanita di klinik terbabit untuk bertemu dengan doktor.
Petugas di klinik itu gagal meredakan keadaan menyebabkan doktor, Lee Kok Seng, 50, membenarkan 
lelaki itu masuk ke bilik rawatan.

Namun belum sempat doktor memeriksa lelaki itu, suspek terus mengeluarkan sebilah pisau pemotong buah dan mencederakan bahagian rusuk kiri doktor itu.
Semasa kejadian hanya doktor berkenaan berada di bilik rawatan manakala pembantunya berada di luar bilik rawatan. sumber: KOSMO

pssst: Korang nak tahu tak... test drive pun boleh dapat gift.... wah lumayannya.....satu lagi... korang nak melancong ke EROPAH ke? kalau nak tahu jom tengok
Sekian wasalam

Terima kasih kerana baca sampai habis dan jangan lupa komen tau~Like kalau suka

Tiada ulasan:

Sponsor