Post Perbaru

PERLUKAH UMAT ISLAM MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI?

Assalamualaikum wbt


Sedar tak sedar kita sudah berada di hari terakhir tahun 2011 dan tepat 12 malam ni tahun 2012 pun akan tiba.... (huh)... Saya terfikir sendirian , wajarkah umat Islam macam kita ni menyambut tahun baru MASIHI sedangkan kita sudahpun menyambut tahun baru kita iatu tahun HIJRAH....
Ermmmmm bukanlah saya terlalu konservatif.. tak nak terima semua benda yang datang dari BARAT... tapi apapun perkara yang kita semua nak buat haruslah berpandukan kepada ALQURAN dan HADIS kerana itulah manual yang di tinggalkan oleh Junjungan Kita NABI MUHAMMAD SAW..sepeninggalan baginda

Selain dari ALQURAN dan HADIS, rujukan utama kita adalah ulama dan semua ustaz/ustazah yang mendalami bidang agama ....Yalahkan bila kita tak tahu, kita haruslah tanya kepada yang TAHU dan LEBIH PAKAR....

So saya pun merujuklah kepada MEREKA... dan korang nak tahu apakah hasil dapatan saya... ok jom kita share agar menjadi panduan kita pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya  V(~ _<)D


HUKUM SAMBUTAN TAHUN BARU MASIHI

Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;


a) Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.

b) Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat.

c) Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.

d) Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.


Baca pandangan penuh Ustaz Zaharuddin di sini.

Namun hakikat hari ini sambutan tahun baru tidak lengkap kalau tiada konsert-konsert hiburan, samada di kaca TV ataupun di tempat sambutan tahun baru. Justeru itu ia lebih membawa keburukan apabila berlakunya pergaulan bebas, ada yang mabuk dan bertindak liar merosakkan harta benda awam serta mengancam petugas-petugas keselamatan yang berkawal.


Sehubungan itu, lebih baik kita mengelakkan diri daripada terlibat dalam sambutan tahun baru yang diketahui bercampur aduk dengan program-program maksiat

So, maknanyaaaaaaaaa kita boleh sambut tahun baru.... hehe boleh boleh.... tak der hal .... alhamdulillah
Kalau cakap bab tahun baru tentu -tentulah masing2 dah pasang azam baru... maklum tahun baru....kan~ 
Tercapai atau tidak tahun sudah.. 2011 bakal berlabuh dan 2012 dah tergedik-gedik nak muncul  \(~_<)V
Impian saya... sebagai cikgu.. fokus saya terarah kepada kecemerlangan anak didik saya dalam semua aspek.. | iaitu Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek dan Sosial... kalau tahun2 sudah saya dah berusaha tapi tak 100% berjaya ... may be saya cuma fokus kepada akademik semata2... nak buat camana itulah tuntutan sistem pendidikan di MALAYSIA..btw doakan saya ya.. kerana doa adalah hadiah yang istimewa buat saya..kalau korang doakan saya saya nak ucapkan JUTAAN TERIMA kasih dan Moga ALLAH makhbulkan doa kalian buat saya.....


Kalau sebagai seorang insan biasa ... impian dan harapan saya ialah nak beribadah dan mendekatkan diri pada TUAN BESAR kita yang tak putus2 memberi rahmat kesihatan, keselamat, rezeki dan segala yang saya miliki sini... ALLAH pinjamkan saya banyak benda | saya ada ibu bapa, adik beradik, pekerjaan, anak kucing,kesihatan,kegembiraan,kesedihan, harta, wang ringgit, kudrat ... banyaknya dan tak dapat saya nak senaraikan kesemuanya.. SYUKUR ALHAMDULLAH...

Bab jodoh pulak.. jauh dilubuk hati kalau ada atau tidak saya terima dengan hati yang redha... kerana itu semua rencana dariNYA cuma doa yang sentiasa saya panjatkan ialah jauhkan saya dari dosa-dosa besar.Semoga impian saya untuk mencari RAHMAT ALLAH akan terus dilaksanakan selagi nafas dan jasad bersatu... Mudah mudahan Saya akan mati dalam keadaan iman yang tebal di dada... AMIN


Sekian Wasalam





Terima kasih kerana baca sampai habis dan jangan lupa komen tau~Like kalau suka

1 ulasan:

mama aini berkata...

`selamat tahun baru 2012` buat cikgu nurul..maaf mama lambat kesini..minggu2 yg lalu mama terdown..hu2x..

Sponsor