Post Perbaru

Muhasabah diri di bulan Disember 2011


Assalamualaikum wbt
Sedar tak sedar kita dah hampir sampai ke akhir tahun 2011... angka 11 akan kita tinggalkan dan diganti dengan angka yang lebih besar....Takutnya...~ Tapi itulah realiti kehidupan...Masa akan terus ke depan..Mustahil kita harus mengundur lantaran takut menghadapi kenyataan hidup ye tak? Apapun banyak perkara suka duka yang kita tempuhi sepanjang 2011

Walaupun saya sentiasa stress dengan tugasan sebagai guru tahun ini, namun saya telah mencapai sasaran yang saya telah tetapkan..Keputusan UPSR 2011 agak cemerlang dan saya berjaya melakar sejarah peribadi apabila 5 daripada 7 pelajar yang diramalkan telah menepati sasaran.. Ahamdulillah

Pun begitu sebagai guru bola jaring saya harus memantapkan pasukan sekolah...kalau sebelum ini pelajar2 saya hanyalah dianggap pasukan belasahan setiap kali pertandingan berlangsung namun tahun ini pasukan sekolah lain sudah merasa gentar kerana kekuatan semangat yang ada pada setiap anak didik saya... Nur Afiqah,Siti Farzana,Amaliyana,Dini,Nur Athilah aadalah antara beberapa pemain bola jaring sekolah... Apa yang saya boleh katakan ialah saya bangga dengan mereka ..kerana mereka telah menunjukkan kesungguhan yang luar biasa setiap kali game berlangsung..Seawal tahun hadapan saya harus mencari muka2 baru sebagai ahli pasukan bola jaring yang harus saya latih'

Penolong kanan pentadbiran telah berjanji kepada saya bahawa beliau akan mengurangkan beban tugas saya pada tahun hadapan... itulah berita paling menggembirakan buat saya...

Banyak lagi rencana yang harus saya atur,rancang dan laksanakan dengan teliti agar saya boleh meningkatkan prestasi sekolah tak kiralah apa bidang sekalipun.. Doakan kejayaan saya ya kawan2

Cukup sampai di sini sampai ketemu lagi sekian wasalam




Terima kasih kerana baca sampai habis dan jangan lupa komen tau~Like kalau suka

Tiada ulasan:

Sponsor