Post Perbaru

Bidadari Asy-Syuraa (Ep 1)



Assalamualaikum wbt

Pada zaman pemerintahan islam di mesir,ada seorang pedagang kurma yang kaya.Namanya Athiyah bin Khalaf.Kekayaannya diperolehinya hasil kerja kerasnya sepanjang hari.Kerana kekayaannya, nama Athiyah masyur hingga seluruh pelosok negeri.Sehingga hampir setiap orang mengenalinya.Apalagi Athiyah sangat dermawan dan gemar memberi makan orang miskin dan membantu orang-orang susah.
Hari terus berlalu, bulan berganti tahun, ternyata ALLAH ingin menguji Athiyah.Tidak selamanya kekayaan itu kekal sepanjang hayat.Begitulah yang berlaku kepada Athiyah.dengan takdir Allah ,Athiyah telah mengalami kerugian besar dalam perniagaannya hingga jatuh bankrap dan miskin.Semua hartanya habis yang tinggal hanyalah serban dan jubah yang dipakainya.


Walaupun Athiyah telah jatuh miskin, ia tetap tekun beribadah kepada Allah dan tidak sedikitpun mengeluh atas musibahnya, kerana harta adalah amanah ALLAH dan bila2 masa akan musnah.Kerana amat miskin Athiyah kadang2 tidak makan.

ketika tiba hari Asy Syura, athiyah melangkahkan kakinya ke masjid Amr bin Al-Ash.Ia berpuasa pada hari itu.Sebagaimana kebiasaannya masjid itu tidak dimasuki oleh para wanita.Wanita pada zaman itu banyak melakukan ibadah di rumah kecuali pada hari Asy-Syura ramai wanita datang ke masjid untuk solat dan berdoa.

Dalam kekusyukan beribadah,tiba2 Athiyah telah didatangi oleh seorang wanita dan seorang anaknya yang masih kecil."Tuan, saya memohon pada mu agar dapat membantu penderitaan kami dan memberi makan anak saya ini.Ia seorang yatim dan ayahnya telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan apa2 harta.saya adalah ibunya.Kami telah 7 hari berada di negeri ini dan tidak mengenali sorangpun di sini, kecuali pada hari ini saya terpaksa berjumpa dengan tuan.Sedang saya tidak terbiasa melakukan perkara seperti ini"

Mendengar itu, air muka Athiyah berubah pucat , sebab iapun dalam keadaan miskin.Tetapi tidak sampai hati menolak permintaan wanita itu.Maka ia engajak perempuan itu kerumahnya.bila ia sampai kerumahnya, Athiyah meminta wanita dan anaknya menunggu di depan pintu.Tidak lama kemudian Athiyah melemparkan sesuatu di pintu seraya berkata, "nah terimalah barang-barang ini,mungkin ia boleh di jualdan belikan makanan kepada anakmu."

Ketika perempuan itu membuka bungkusan barang-barang yang diberikan Athiyah, ia amat terkejut kerana nyata didalamnya adalah serban dan jubah Athiyah.ia segera beristigfar dan berdoa kepada ALLAH: "Ya Allah semoga engkau membalas kebaikan lelaki ini dengan memberikan pakaian di syurga sebagaimana ia telah mengorbankan pakaiannya di dunia untuk membantu kami."

perempuan itu terus beredar dari rumah Athiyah , pergi ke pasar untuk menjual serban dan jubah Athiyah.Hasil penjualan itu, dia dapat memberikan anaknya yang sedang kelaparan itu.



Terima kasih kerana baca sampai habis dan jangan lupa komen tau~Like kalau suka

Tiada ulasan:

Sponsor