Post Perbaru

KERETA KENA UMPIL

 Assalamualaikum wbt

 Pesanan tuan blog:Saya nak pesan kat semua... kalau bawak banyak benda berharga simpanlah dalam bonet kereta..Bukan apa takut dek kerana barang berharga tu kereta kena Kopak.Lagi satu jangan parking tempat sunyi....Sebab kebanyakan penyangak ni dah ready dengan strategi masing untuk mencuri barang2 anda.




KUALA LUMPUR: Seorang peniaga berusia 30 tahun kerugian lebih RM8,000 selepas keretanya diumpil manakala pelbagai barangan berharga dilarikan di parkir di sebuah pusat beli-belah di sini, petang kelmarin.
Difahamkan, pada jam 2.45 petang, mangsa ke pusat beli-belah berkenaan untuk berjumpa dan makan tengah hari bersama rakannya.


Bagaimanapun, menurut sumber, ketika mangsa kembali ke keretanya, dia terkejut apabila melihat keretanya tidak berkunci dan terdapat kesan umpilan pada bahagian kunci pintu.
“Barangan berharga seperti iPad, pakaian, kasut, makanan serta barang dapurnya lesap,” katanya.


Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields pada hari sama.



Sumber:mymetro

Terima kasih kerana baca sampai habis dan jangan lupa komen tau~Like kalau suka

Tiada ulasan:

Sponsor