Post Perbaru

Ibadah Korban dan Pengertiannya


Assalamualaikum wbt.
Jom kita belajar sikit mengenai ibadah korban ....


~ Dikerjakan ketika HARI RAYA AIDILADHA 

~ Ibadah yang merupakan‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam

~ Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t.

~ Waktu- setelah matahari terbit dan naik tinggi segalah, sehingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah (akhir hari Tasyrik).  

~ Haiwan yang afdhal untuk dikorbankan untuk ibadat ini adalah seperti kambing biasa, kambing biri-biri, lembu, kerbau dan unta.

~ Haiwan yang akan di korbankan itu dimestikan sempurna sebaik-baiknya dari semua segi fizikal haiwan tersebut

~ Sekiranya seseorang itu telah bernazar, maka kesemua daging yang diperolehi dari disembelih hendaklah disedekahkan sepenuhnya seperti niat nazarnya. Jika tidak bernazar dan hanya niat korban biasa, maka adalah sunat untuk orang yang menjalankan ibadat ini untuk mengunakan sedikit dari daging itu untuk keperluan sendirinya

~ Orang yang menjalankan ibadat korban boleh menyembelih sendiri atau boleh mengupah orang untuk menyembelih haiwan tersebut.

~ Apabila mengerjakan penyembelihan untuk korban adalah disunatkan membaca ‘Bismillah’ semasa menyembelih haiwan tersebut


Kalau masih ada kemusykilan baca kat sini




Semoga apa yang saya sampaikan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua, sekian 

Wasalam

Terima kasih kerana baca sampai habis dan jangan lupa komen tau~Like kalau suka

Tiada ulasan:

Sponsor