Post Perbaru

Bangga Diri

 Assalamualaikum semua...
Hari ini mari  kita belajar tentang erti bangga diri dan mencari penyelesaian yang sewajarnya kita ambil sekiranya kita berada dalam golongan   orang yang riak, sombong , taksub dan sangat bangga kepada diri sendiri ...Ini adalah dapatan dari sebuah buku yang saya Baca.....




Para sheikh memberi ingatan bahawa sesiapa yang berbangga diri (sombong), nescaya terhijab daripada ALLAH SWT dan kebanggaan diri itu dapat dijadikan petunjuk "maqam" (status atau kedudukan) orang itu.

Jangan Buat2 Muka Riak cenggini- sangat berdosa


  
   Membanggakan diri,membesar-besarkan diri serta merasa diri ditaati oleh orang lain merupakan tertariknya penglihatan kepada dirinya sendiri.Kepada orang sebegini, hendaklah diperingatkan bahawa tidak semua amalnya dimasa lalu diiringi oleh kesedaran dan keikhlasan.

    kisah Iblis yang bangga diri dapat dijadikan ikhtibar, begitu juga dengan kisah Qarun ketika dia keluar kepada kaumnya dengan segala perhiasan diri, kagum dan bangga. Tetapi akhirnya terbenam didalam bumi.Selain itu kisah Firaun juga haruslah dijadikan pedoman supaya kita juga tidak tergolong didalam kumpulan yang bangga diri dan ujub

Inilah Sifat yang Dibenci ALLAH

     Diantara sifat orang yang arif ialah tidak menghiraukan bangga diri, walaupun dia harus menghadapi celaan orang.Ini kerana dia merasa wujudnya dia adalah kerana ALLAH SWT,Berdirinya dengan Al-Haq.Dalam agama ALlah dia dapat mencari kekuatan diri

    Makrifat itu mengharuskan kita memandang bahawa tidak ada takdir selain dari takdir DariNya.Tidak ada zikir melainkan zikir kepadaNya.Oleh itu apabila sesorang itu berucap ,maka dia berucap bersama ALLAH SWT.Jika ia diam maka dia diam  bersama denganNya.Semulia-mulia sesuatu disisi Zat Yang Maha ditakuti dan diharapkan ialah ucapan yang benar.